
Jetour VT9 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran negara ini di acara Malaysia Autoshow 2025. Ia ditawarkan dalam dua varian, iaitu Comfort pada RM119,350 dan Prime pada RM124,350. Selain itu, 800 pelanggan pertama akan mendapat rebat RM2,000.
Jetour VT9 merupakan SUV segmen-D dengan 7-tempat duduk. Ia mempunyai dimensi 4,724mm panjang, 1,900mm lebar, 1,720mm tinggi, dan jarak roda 2,720mm.
Dari segi spesifikasi, ciri standard termasuklah lampu LED, kamera 360-darjah, Android Auto/Apple Carplay tanpa-wayar, rim aloi 19-inci, lampu ambien, dan pintu but berkuasa.
Varian Prime mendapat ciri tambahan seperti bumbung panoramik, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert, Lane Change Warning, Door Opening Warning, cermin pandang belakang auto-malap, dan lampu sisi dengan logo Jetour.
SUV ini dipacu oleh enjin 1.5-liter turbo 4-slinder berkuasa 156PS dan 230Nm, serta dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 6-kelajuan.
Lima warna ditawarkan (Star Black, Khaki White, Phantom Grey, Tech Grey, dan Aurora Green) dan setiap pembelian anda akan mendapat jaminan 7-tahun/150,000km untuk kenderaan, serta jaminan 10-tahun/1,000,000km untuk enjin.