#MAS2025: Chery Tiggo 7 PHEV dipertonton – sistem hibrid berkuasa 347hp/525Nm, pelancaran 2H 2025

29

Chery meneruskan pengenalan produk mereka di Malaysia Autoshow 2025 dengan pratonton Tiggo 7 PHEV. Ia juga serentak dengan pelancaran jenama Chery Super Hybrid, iaitu janaan kuasa PHEV terkini dari kumpulan itu.

Ia terdiri dari enjin petrol turbo 1.5-liter (143PS/215Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik 204PS/310Nm serta DHT (direct hybrid transmission). Output keseluruhan ialah 347PS dan 525Nm, dihantar ke roda depan.

Dengan bateri berkapasiti 18.3kWh, Tiggo 7 ini boleh dipandu sejauh 95km tanpa menghidupkan enjin. Dengan satu isian minyak penuh, ia mampu dipandu sehingga 1,200km.

Chery Tiggo 7 PHEV menampilkan lampu LED trapezoidal dengan DRL berbentuk-L. Rekaan bampar juga baharu, dikemaskan dnegan gril oktagon.

Lampu belakang ialah jenis bar melintang panjang sementara rimnya adalah aloi dwi-tona berukuran 18-inci.

Ciri di dalam kabin antaranya adalah rekaan papan pemuka yang ringkas, panel skrin lebar, dan roda stereng baharu. Tiggo 7 juga dilengkapi dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa-wayar, kamera 360-darjah, sistem audio Sony, pengecas tanpa-wayar, dan pintu but berkuasa.

Chery Tiggo 7 PHEV dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here