
Selepas dilancarkan di Thailand November lepas, kini GAC Aion V dipertonton untuk pasaran kita, di acara Malaysia Autoshow 2025.
SUV elektrik sepenuhnya ini diinspirasikan dari penampilan Tyrannosaurus Rex dengan rupa menyerlah dan futuristik.
Ia dikuasakan oleh motor 100W yang menjana 240Nm, mampu melonjakkan Aion V ke 100km/j dalam masa 7.9 saat.
Ia mempunyai jarak pemanduan sehingga 602km mengikut kitaran NEDC.
Ruang dalamannya tidak didedahkan buat masa ini. Tetapi menurut siaran media oleh Warisan TC Motor Holdings Bhd, mereka yakin Aion V mampu menjadi model yang mendapat sambutan di Malaysia.