
Zontes memperkenalkan 368D dan 368E yang dinaik taraf semasa acara Malaysia Autoshow 2025. Turut menyertai pasangan skuter maxi ini ialah jentera adventure, Zontes 730F.
Zontes 368D – RM25,000
Ini merupakan evolusi terhadap Zontes 350D, dan 368D kini 20kg lebih ringan, iaitu seberat 175kg sahaja.
Zontes 368D dikuasakan enjin satu-silinder DOHC yang menghasilkan 38.8hp dan 40Nm tork. Ia turut dilengkapi lampu LED, pengecas USB, paparan TFT 6.75-inci, cermin depan berkuasa, brek ABS, dan Traction Control.
Tiga warna boleh dipilih: Matte Black, Matte Silver, dan Grey.
Zontes 368E – RM27,000
Zontes 368E pula merupakan versi lebih besar dari 368D, dengan tangki minyak 17 liter. Ia sudah pasti lebih berat, pada 193kg, tetapi masih menjanjikan kecekapan bahan api sehingga 3.5L/100km.
Ia dipacu enjin 368cc yang sama iaitu unit satu-silinder sejukan cecair, dengan output 38.8hp dan 40Nm.
Zontes 368E dilengkapi ciri serupa dengan 368D, tetapi ditambah dengan bar hendal dengan pemanas, serta Keyless Intelligent Control System.
Pilihan warna untuk 368E adalah Matte Black, Pearl White, dan Matte Silver Blue.
Zontes 730F – RM40,000
Akhir sekali kita beralih ke motosikal adventure yang pertama dari jenama ini, iaitu 730F. Ia dikuasakan enjin 699cc tiga-silinder sebaris yang menghasilkan 98hp dan 75Nm.
730F juga didatangkan dengan suspensi Marzocchi boleh-laras, tangki minyak 22-liter stainless steel, dan rim bilah tubeless untuk mengharungi jalan tar dan off-road.
Pilihan warna adalah Mech Grey dan Black Gold, tetapi anda boleh dapati 730F dengan dua varian:
- Rim 19-inci, kelegaan tanah 190mm, tinggi tempat duduk 830mm, atau
- Rim 21-inci, kelegaan tanah205mm, dan tinggi tempat duduk 845mm.