Harga RON97 dan diesel naik 3 sen

10

Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 dan diesel meningkat sebanyak 3 sen bagi tempoh 17 hingga 23 Julai 2025. 

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini menyatakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 hingga 23 Julai adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21 seliter
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter
  3. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.88 seliter kepada RM2.91 seliter
  4. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here