Aprilia daftar tanda dagang ‘X’ – petanda kehadiran superbike lebih ekstrem?

15

Aprilia bakal membawakan model menarik pada masa akan datang berdasarkan pendaftaran tanda dagang yang dikesan di pejabat IP di Eropah dan UK.

Menurut laporan RideApart, model baharu itu akan dikenali dengan nama Aprilia X GP yang dikatakan lebih ekstrem berbanding RSV4.

Model Aprilia X GP ini akan menjadi model kelima yang membawakan penjenamaan X selepas model RSV4 X, Tuono V4 X, RSV4 XTrenta dan RSV4 X Ex3ma.

Aprilia RSV4 X Ex3ma

Tanda dagang tersebut didaftarkan oleh Piaggio pada awal minggu lalu, dengan logo X yang dilengkapi dengan penjenamaan Aprilia dan X GP.

Tidak diketahui sama ada Aprilia akan menggunakan model RSV4 atau Tuono sebagai asas, namun yang pasti model ekstrem ini akan dijual dalam unit yang agak terhad, dan harga yang agak premium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here