JEACOO J8 lancar dua varian: AWD dan 2WD, enjin 2.0 liter TGDI, harga bermula RM178,800

10

OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan JAECOO J8 secara rasminya untuk pasaran tempatan dengan dua varian 

JAECOO J8 akan dipasang secara tempatan di Kilang Korporat Chery Malaysia di Shah Alam, sekaligus memperlihatkan komitmen jangka panjang jenama itu kepada pengguna di seluruh Malaysia sambil menyumbang kepada ekosistem automotif negara.

Ia didatangkan dengan ukuran:

  • Panjang: 4,820 mm
  • Lebar: 1,930 mm
  • Tinggi: 1,710 mm
  • Jarak roda: 2,820 mm

Bentuk luaran JAECOO J8 terserlah dengan gril depan reka bermotif Air Terjun yang mengagumkan sambil mengoptimumkan pengaliran udara untuk penyejukan yang lebih cekap.

Penampilan luarnya menampakkan garis bentuk kemas dan pandangan sisi pada nisbah keemasan (golden ratio), diperkukuh oleh garis lilit ketara yang mempersembahkan penampilan menegak yang teguh. 

Sementara itu, pemegang pintu tersembunyi terus memperkemas profilnya yang lebih aerodinamik sambil mengurangkan rintangan angin dan bunyi bising ketika pemanduan. Ciri-ciri dinamik JAECOO J8 ditekankan lagi oleh roda aloi dwi-warna bersaiz 20 inci.

Dengan matlamat membawakan pengalaman perjalanan kelas pertama:

  • JAECOO J8 AWD menyediakan susun atur enam tempat (konfigurasi 2+2+2)
  • JEACOO J8 2WD ditawarkan lima tempat duduk 

Ia menyediakan ruang but 200 liter dengan baris kerusi ketiga ditegakkan. Apabila barisan ketiga dilipat rata (dalam J8 AWD), kedua-dua pilihan memberikan ruang but sebanyak 738 liter, yang diperluas sehingga 2,021 liter bagi pilihan 2WD (apabila baris kedua dilipat rata) — ruang muatan yang secukupnya untuk bagasi atau keperluan kembara.

Dari segi ruang dalaman, JAECOO J8 terus membawakan gabungan sempurna antara teknologi dan kemewahan minimalis. Dua skrin lebar bersaiz 12.3-inci terletak di tengah-tengah papan pemuka lelilit yang canggih, di samping Paparan Head-up (HUD) yang direka untuk kesenangan dan kawalan intuitif. Semua ciri ini disokong oleh kemudahan sambungan tanpa wayar yang disokong Android Auto dan Apple CarPlay.

JEACOO J8 2WD 

Untuk meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk, J8 AWD menyediakan kerusi Ratu penumpang depan yang pertama dalam kelasnya dengan tempat letak kaki boleh laras, di samping kerusi dengan ciri Pemanas, Pengudaraan, Urutan dan Memori (HVMM) bagi pemandu, penumpang depan dan penumpang baris kedua. 

Dilengkapi pelapik siling mikroserat dan sistem Lampu Infinit 256 warna boleh sesuai, pemandu boleh mengubah suasana kabin mengikut cita rasa masing-masing. 

Sebuah konsol tengah besar terus meningkatkan kemudahan dengan ruang simpanan secukupnya dan pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W dengan ciri pendinginan sedia terbina, memastikan anda sentiasa terhubung, dengan segala peranti tersusun rapi. 

Sistem audio premium yang boleh disesuaikan untuk setiap cita rasa pendengar:

  • JEACOO J8 2WD: Sistem 12 speaker Sony
  • JEACOO J8 AWD: Sistem 14 speaker Sony bersama speaker sandar kepala

Sementara itu, sistem buka pintu tanpa kunci berasaskan Komunikasi Medan Dekat (NFC), sistem pewangi yang tersedia dan Perakam Video Digital (DVR) yang tersedia merupakan ciri-ciri tambahan yang menambah keselesaan dan keselamatan. Malah, tahap keselamatan dalam SUV JAECOO J8 direka cipta untuk meramalkan, membantu dan menyesuaikan keadaan memandu. 

Di bawah hud yang tampak gagah, kedua-dua varian JAECOO J8 dipacu oleh enjin petrol 2.0-liter cas turbo empat silinder sebaris suntikan terus yang menghasilkan kuasa 245hp dan tork 385 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. 

Kuasa disalurkan kepada roda depan (varian pacuan dua roda – 2WD) atau menerusi sistem pacuan semua roda canggih yang menawarkan ciri pemvektoran tork pintar, memastikan cengkaman kuat dan stabil dalam keadaan permukaan yang dinamik. 

JEACOO J8 AWD

JAECOO J8 2WD mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.8 saat, manakala varian AWD mengambil masa 9.0 saat. 

Kedua-dua varian mempunyai kelajuan maksiumum 200 km/j. Sementara itu, kadar  penggunaan minyak ialah pada tahap 7.8L/100km (piawaian WLTP) untuk versi 2WD dan 8.1L/100km (WLTP) untuk pilihan AWD.

Untuk terus meningkatkan tahap keselesaan, JAECOO J8 dilengkapi dengan sistem suspensi Kawalan Peredam Berterusan (CDC) yang memberikan keselesaan dan kawalan lancar, dengan melaraskan suspensi dalam masa beberapa milisaat mengikut keperluan permukaan dan cengkaman.

SUV ini dilengkapi ciri keselamatan ADAS Aras 2.5 membabitkan:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) kelajuan penuh
  • Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
  • Bantuan Pertukaran Lorong (LCA)
  • Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB)
  • Pemantauan Jarak Hadapan (FDM)
  • Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RTCA)
  • Perakam Data Acara (EDR)
  • Bantuan Letak Kereta Automatik Penuh dalam varian AWD

Segala kelebihan ini ditambah baik dengan sistem brek menggunakan wayar OneBox, yang disepadukan dalam sistem keselamatan ADAS dan telah ditala khas mengikut rupa bentuk dan dinamik pemanduan kenderaan. 

Ia dijual bermula:

  • JEACOO J8 2WD: RM178,800
  • JEACOO J8 AWD: RM198,800

Untuk menambah ketenangan fikiran para pembeli, setiap SUV JAECOO J8 disertakan dengan waranti 7-tahun atau 150,000 km.

Sebagai sebahagian daripada tawaran eksklusif untuk Pembeli Awal, pelanggan yang menempah SUV JAECOO J8 pada atau sebelum 21hb Julai 2025 akan menikmati:

  • JAECOO Prime Protection Programme (Program Perlindungan Perdana JAECOO) yang meliputi perlindungan insurans percuma untuk tempoh satu tahun (tidak termasuk cermin depan dan manfaat tambahan yang disediakan secara pilihan).
  • Pakej ini juga menaik taraf waranti 7 tahun/150,000km lazim kepada waranti enjin 10 tahun/jarak perjalanan tidak terhad.
  • Pembeli awal juga berpeluang menyertai acara menempuh jalan lasak istimewa yang akan menyerlahkan kehebatan kembara dan kemewahan kenderaan terulung ini. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Penyerahan SUV JAECOO J8 AWD kepada pelanggan akan bermula pada Julai 2025, dan seterusnya diikuti oleh pengeluaran varian 2WD.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here