
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Coverset Edisi Terhad bagi Yamaha LC135Fi, khas buat peminat setia yang menghayati semangat perlumbaan Yamaha.
Rekaan Coverset itu diilhamkan sepenuhnya daripada jentera perlumbaan Yamaha menerusi gaya yang agresif, moden dan berprestasi tinggi.
Ia hadir dalam dua pilihan warna menarik:
• Yamaha Team ASEAN Blue : Padu dan bertenaga, menyerlahkan jiwa perlumbaan sejati Yamaha.
• Redracer : Menyerlah dan dominan, sesuai untuk penunggang yang berani dan penuh keyakinan.
Sudahpun boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara, harga jualan cadangan Coverset Edisi Terhad itu adalah RM480 (stok adalah terhad).