
Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu Proton Saga bersama adik dan sepupunya berakhir kemalangan apabila kereta itu terbabas ke dalam longkang di Jalan Telok Gong, di Klang pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Proton Saga berwarna kelabu itu dipercayai dipandu sendiri kanak-kanak berkenaan sejauh 2km sebelum hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian itu didapati tular di media sosial selepas kenderaan tersebut ditemui terbabas di dalam longkang.
@diwdo_1990 kemalangan kanan2 6 tahun pandu kereta
♬ bunyi asal – GROUP INFO PORT KLANG – GROUP INFO PORT KLANG
“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berjaya mengesan kenderaan bersama pemiliknya dan tiga kanak-kanak yang dipercayai berada dalam kenderaan itu semasa kejadian.
“Kanak-kanak itu terdiri daripada dua beradik yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) serta seorang sepupu mereka yang merupakan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu asalnya dipandu oleh ibu kepada dua beradik berkenaan dari Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara Klang menuju ke rumah kakaknya di Telok Gong.
@arecu7904 info seterusnya budak tu ada bersama pegawai polis yg baju biru tu anggota polis#fypシ゚viral
“Setibanya di rumah kakak, wanita yang juga pemegang kad UNHCR telah meninggalkan kenderaan sebentar untuk ke tandas.
“Peluang itu digunakan oleh anak lelakinya berusia 11 tahun untuk mengambil kunci kereta dan mengajak adiknya berusia tujuh tahun serta sepupu mereka keluar ke kedai,” katanya.
Beliau berkata, ketika menghampiri kawasan kedai, kanak-kanak tersebut gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.
“Tiada kecederaan dilaporkan dialami ketiga-tiga kanak-kanak namun kereta yang dipandu mengalami kerosakan kecil pada bahagian bawah bonet hadapan sebelah kanan.
“Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39(1) akta sama selain kes turut dibuka mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti sebarang unsur pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.