
Pada acara pmeran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025, Daihatsu rasmi melancarkan Rocky Hybrid ke pasaran tempatan.
Kali ini PT Astra Daihatsu Motor (ADM) memperkenalkan Rocky Hybrid tidak hanya untuk tujuan penilaian pasaran tetapi rasmi dijual ke pasaran menerusi versi import (CBU) dari Jepun.
Harga jualan SUV kompak tersebut yang dikenali di Malaysia sebagai Perodua Ativa Hybrid dianggarkan sekitar IDR 300 juta (RM78,000). Bagaimanapun, PT ADM akan mendedahkan harga rasmi SUV berkenaan pada Khamis.
Daihatsu Rocky Hybrid menggunakan enjin 1.2 liter (WA-VEX) yang menghasilkan kuasa 106PS dan tork 170Nm.
Ia menggunakan sistem e-Smart Hybrid (Series Hybrid) yang mana enjin petrol tidak langsung menggerakkan roda, melainkan berfungsi sebagai generator untuk menghasilkan elektrik.
Elektrik ini kemudian digunakan untuk menggerakkan motor elektrik yang menjadi penggerak utama roda. Konsep ini mirip dengan Nissan Kicks e-Power.
Kelebihannya memberikan pengalaman pemanduan seperti kenderaan elektrik (EV) sebenar dengan tork pantas namun masih cekap bahan api.
Ia kemudian dipadankan dengan bateri litium ion 4.3Ah. Daripada segi penampilan luaran begitu mirip versi ICE cuma perbezaan ketara adalah pada bahagian gril dan bampar depan serta belakang.
Sementara itu, Perodua membawa masuk Ativa Hybrid pada tahun 2022 namun bukanlah untuk jualan yang mana ia merupakan sebahagian daripada mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan.
Bilakah Malaysia akan memperkenalkan Perodua Ativa Hybrid?..
MODEL KONSEP e HIJET
Selain itu, ADM turut mempertontonkan model e Hijet Concept yang mana mirip dengan Daihatsu Hijet Cargo BEV yang sebelumnya tampil di Japan Mobility Show (2023).
Versi konsep tersebut memberi gambaran awal akan kendaraan perdagangan elektrik masa depan Daihatsu untuk pasaran Indonesia mahupun global.
Berdasarkan data dari Hijet Cargo BEV, ia mampu menjangkau jarak hingga 200km dalam cas bateri penuh.
Dimensi panjangnya adalah 3,395mm, lebar (1,475mm), tinggi (1,980mm) dan jarak roda 2,450mm. Ukurannya lebih kecil dibandingkan Daihatsu Gran Max, menjadikannya ideal untuk laluan sempit mahupun padat.