Suzuki Hayabusa Special Edition (2026) bawakan tema biru putih

198

Tidak pun sampai setengah tahun selepas pengenalan warna baharu, Suzuki kembali hadir dengan kemas kini untuk model Hayabusa (2026).

Untuk kemas kini model tahun 2026 ini, Hayabusa didatangkan dengan edisi khas (Special Edition) yang menampilkan layangan warna dua tona Pearl Vigor Blue dan putih.

Selain daripada itu, terdapat emblem Special Edition pada tangki bahan api, kemasan decal pada bahagian panel badan, peredam ekzos, serta penutup pelana pembonceng untuk rupa paras yang lebih menawan.

Tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi mekanikal, bermakna Hayabusa (2026) ini masih kekal dengan enjin empat silinder sebaris 1,340 cc berkuasa 190 hp dan 150 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan.

Berdasarkan kemas kini sebelum ini, Hayabusa (2025) diberikan fungsi Launch Control, sistem penukaran gear pantas quickshifter dua arah, serta Smart Cruise Control.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here