Rider ‘rembat’ helmet Arai RM15k, tinggalkan tepi jalan

1067

Seorang penjual topi keledar yang menggunakan akaun Facebook Kedai penjual helmet berkongsi kejadian tidak diduga apabila seorang penunggang p hailing membawa lari barang yang perlu dihantar.

Jelasnya, rider berkenaan diamanahkan untuk menghantar sebuah helmet Arai RAM3 Stella berwarna biru bagaimanapun dipercayai pemuda itu telah mengambil barang tersebut.

Susulan kejadian itu diketahui oleh pemilik, rider berkenaan bertindak meninggalkan helmet Arai tersebut di tepi jalan dan melarikan diri. 

Pemilik berkata topi keledar Arai bernilai RM15,000 itu seharusnya dihantar kepada rakan kongsinya.

Memandangkan kedua-duanya sibuk dan lokasi jauh, mereka sering menggunakan perkhidmatan penghantaran segera. 

“Terima kasih yang mana share yang mana bantu, barang ni bukan barang customer. Actually ni urusan antara saya dan partner saya.

“Kitorang dua dua busy, masing-masing jauh so memang selalu hantar stock pakai Lalamove ja sebab nak urgent. Sama kalau macamm barang dari supplier pun hantar pakai courier.

“Bezanya sebab dekat nak pakai courier lambat. Tak semua orang ada masa yang sama,” kongsinya di ruangan komen. 

Kejadian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengecam tindakan penunggang itu dan mendoakan agar urusan pemilik dipermudahkan.

“Tak salah pun pakai courier yang sepatutnya pekerja semua jujur..elok semua courier service check data rider dulu sebelum approved untuk jadi rider, kot ada kes lama pecah rumah ke, samun ke, ragut ke jangana lepas jadi rider…memangla ada amek data kalau apa-apa jadi..tapi better prevent dari dah jadi baru nk amek tindakan.”

“Budak ni kesian laaa..semua hujung jari dik..nape buat taik dalam sumber rezeki sendiri.”

“Saya driver Lalamove. Pernah bawak arai & shoie 8 kotak, penuh bonet Alza. Alhamdulillah, tak terfikir langsung nak buat onar.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here