MotoGP : Polis laksana lencongan trafik di Sepang

8

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan lencongan trafik di Sepang sempena penganjuran Petronas Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 24 hingga 26 Oktober ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah itu bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya di kawasan sekitar laluan masuk serta keluar SIC sepanjang tempoh acara itu berlangsung.

Beliau berkata untuk tujuan itu juga seramai 177 pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis JSPT akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu kawalan trafik serta memastikan keselamatan awam terpelihara.

“Bagi pengunjung yang hendak ke SIC, laluan masuk adalah melalui laluan Bulatan Masjid KLIA menuju ke kawasan parkir SIC atau melalui lampu isyarat kuarters KLIA jika dari arah Sepang, Enstek, Labu dan Nilai.

“Mereka juga boleh menggunakan laluan melalui Bulatan Kargo KLIA ke Jalan Pekeliling menuju ke parkir SIC.

“Untuk laluan keluar dari SIC pula, penonton boleh menggunakan laluan dari parkir SIC menuju ke lampu isyarat SIC kemudian ke kanan menuju Jalan Kuarters KLIA ke arah Sepang dan Enstek,” katanya. 

Selain itu, penonton juga boleh menggunakan laluan keluar dari kawasan parkir SIC menuju ke lampu isyarat Bukit Tinjau sebelum membelok ke kiri menuju Jalan Pekeliling seterusnya ke Bulatan Kargo.

Mohd Yusri berkata semua pengunjung diseru agar memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan dan kesesakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here