Jalan Tun Sardon ditutup hingga 31 Oktober

9

Penutupan Jalan Negeri P14 iaitu Jalan Tun Sardon (Bukit Baru), George Town akibat runtuhan cerun sejak Khamis lalu, dilanjutkan sehingga 31 Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata buat masa ini, tiada tanah runtuh atau bencana baharu direkodkan di jalan itu hari ini.

“Pasukan kontraktor Jabatan Kerja Raya telah memulakan kerja pembersihan di lokasi selamat dilalui buat masa ini.

“Laluan masih ditutup kepada orang awam dan dilanjutkan sehingga 6 petang 31 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan Tun Sardon yang menghubungkan Paya Terubong ke Balik Pulau ditutup sejak 6 petang Khamis lepas ekoran runtuhan cerun dipercayai berlaku kesan hujan lebat berterusan yang bermula awal pagi hari sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here