
Bertempat di Zeekr Space Sunway City, Zeekr Malaysia meraikan satu lagi pencapaian bermakna dalam pemilikan kenderaan keluaran mereka untuk atlet kebanggaan negara.
Zeekr Malaysia berbesar hati mengalu-alukan Datuk Seri Dr Lee Chong Wei menyertai keluarga Zeekr sebagai pemilik rasmi Zeekr 7X.

Beliau kini menjadi sebahagian daripada komuniti eksklusif Zeekr 7X yang mementingkan inovasi dan matlamat yang jelas.
“Sesi menandatangani papan tanda selamat datang oleh beliau bukan sekadar simbol pemilikan, malah mencerminkan kepercayaan serta komitmen teguh terhadap kemajuan teknologi automotif,” kata Zeekr Malaysia dalam satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Penyerahan Zeekr 7X kepada Chong Wei menandakan bermulanya fasa perjalanan baharu yang bakal dipacu oleh ketepatan, dedikasi dan visi untuk terus maju ke hadapan.

“Selamat datang Datuk Seri Dr Lee Chong Wei ke keluarga besar Zeekr Malaysia,” tambah hantaran itu lagi.






























