
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, meraikan pemenang Hadiah Utama Kempen Electrify Your Life 2025 menerusi penyerahan rasmi Proton e.MAS 5 Premium serba baharu kepada Shahrul Aizat Ishak.
Sesi penyerahan itu berlangsung di Proton e.MAS Setapak (IGreen Premium Sdn Bhd) dan disampaikan oleh Ketua Unit Jualan PRO-NET, Duan Bingbing.
Peraduan yang berlangsung tahun lalu itu dianjurkan bagi meraikan peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.
Bagi Shahrul Aizat, 37 tahun, detik itu menandakan permulaan perjalanan beliau sebagai pemilik kenderaan elektrik, dengan penerimaan kunci salah satu EV yang paling mendapat perhatian di Malaysia.
Dengan slogan “Proton e.MAS menjadikan hidup saya tenang tanpa bunyi, tangkas tanpa kompromi, dan terpacu dengan inovasi” memastikan beliau muncul sebagai pemenang hadiah utama peraduan.

Duan Bingbing turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap Proton e.MAS 5.
“Kami amat berbesar hati untuk menyerahkan Proton e.MAS 5 Premium kepada Shahrul Aizat dan keluarganya..
“Kejayaan kami adalah hasil daripada kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama ini.
“Melihat keluarga di negara ini menerima dan beralih kepada mobiliti elektrik memberikan kami dorongan yang amat bermakna.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan terhadap jenama e.MAS,” katanya.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff menegaskan, peranan kepimpinan jenama tersebut dalam membentuk landskap kenderaan elektrik (EV) di Malaysia berjaya mengukuhkan jenama berkenaan.
“Jenama Proton e.MAS diwujudkan dengan misi yang jelas untuk menerajui perjalanan elektrifikasi Malaysia secara bertanggungjawab dan inklusif.
“Sambutan menggalakkan terhadap e.MAS 5 membuktikan penggunaan EV bukan lagi fenomena khusus atau terhad, sebaliknya semakin menjadi arus perdana.
“Sebagai sebuah jenama, tanggungjawab kami bukan sekadar menjual kenderaan, tetapi juga membina kepercayaan, memperkukuh ekosistem, serta menetapkan penanda aras baharu dalam inovasi yang lebih mudah diakses,” katanya.
Shahrul Aizat – seorang bapa kepada tiga orang anak – menjelaskan, tarikan terhadap e.MAS 5 Premium hadir sebaik sahaja beliau melihat dan merasainya sendiri.
Ruang kabin memberikan pandang pertama yang paling menyerlah.
“Ia kelihatan premium dan sangat selesa,” kongsinya.
“Ruang dalamannya pula benar-benar menonjol. Ketiga-tiga anak saya boleh duduk dengan selesa, malah boleh berehat ketika perjalanan jauh, “jelasnya.

Beliau turut kagum dengan penyelesaian ruang simpanan yang praktikal, termasuk ruang simpanan hadapan atau ‘frunk’.
Ruang tambahan di bawah bonet memudahkan urusan harian, sama ada untuk menyimpan beg sekolah, barangan runcit mahupun keperluan keluarga.
Selain keselesaan dan praktikaliti, Shahrul Aizat turut menantikan penjimatan jangka panjang ditawarkan melalui pemilikan EV.
Berbanding dengan pesaing lain dalam kategori harga yang sama, Proton e.MAS 5 hanya memerlukan penyelenggaraan sekali setahun, dengan jumlah penjimatan sehingga RM29,796.60 sepanjang 10 tahun pemilikan.
Proton e.MAS 5 terus menetapkan penanda aras baharu dalam landskap EV di Malaysia.
Sebagai model EV nombor satu negara pada masa ini, ia mencatat jualan tertinggi bagi bulan Januari dengan 3,068 unit, selain mencipta sejarah sebagai EV pertama yang berjaya menembusi carta 5 teratas jualan kenderaan nasional keseluruhan pada bulan yang sama.
Pencapaian ini menjadikan Proton e.MAS jenama EV nombor satu di Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan mobiliti elektrik negara.
Dengan semakin ramai rakyat Malaysia menyambut masa depan elektrik, Proton e.MAS 5 menjadi simbol inovasi, dan kepraktisan harian.
Saksikan pendapat En. Shahrul Aizat dan isterinya, Atiqah Farahin, mengenai Proton e.MAS 5 melalui video di platform berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1DgXZ4ebJT/
Instagram: https://www.instagram.com/p/DVF886Wkngn/
TikTok: https://www.tiktok.com/@protonemasofficial/video/7609934635195223317
Maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS boleh diperoleh dengan melayari saluran media sosial rasmi – Proton e.MAS Cars.






























