Utama Berita Automotif Chery, Chong Wei jalin kerjasama melalui Piala Lee Chong Wei 2026

Chery, Chong Wei jalin kerjasama melalui Piala Lee Chong Wei 2026

7

Pemain badminton legenda negara, Datuk Seri Dr Lee Chong Wei memulakan misi terbaharu menerusi penganjuran edisi sulung Piala Lee Chong Wei 2026 (LCWC 2026) yang akan berlangsung tahun ini.

Berteraskan pembangunan akar umbi, kejohanan itu mendapat sokongan jenama automotif China, Chery sebagai penaja rasmi.

Platform Pembangunan Bakat Akar Umbi

Kejohanan LCWC 2026 diperkenalkan sebagai platform pembangunan bakat belia dengan tiga kategori umur:

  • Bawah 13 Tahun
  • Bawah 15 Tahun
  • Bawah 17 Tahun

Terdapat lima kategori utama dipertandingkan merangkumi :

  • Perseorangan Lelaki
  • Perseorangan Wanita
  • Beregu Lelaki
  • Beregu Wanita
  • Beregu Campuran

Menerima sokongan penuh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), edisi sulung LCWC 2026 dianjurkan menggunakan format satu pusingan (single-leg) dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 menjadikan ia antara ganjaran paling lumayan kejohanan peringkat remaja tempatan.

Juara setiap kategori berpeluang untuk menyertai sesi percubaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Sumbangan semula kepada sukan badminton

Chong Wei berkata, kejuaran intu adalah usaha membentuk generasi baharu atlet yang bukan saja cemerlang di gelanggang, tetapi juga berdisiplin dan berdaya saing.

Sepanjang karier hampir dua dekad, beliau mencatat rekod luar biasa:

  • 349 minggu sebagai pemain nombor satu dunia 199 minggu berturut-turut (2008 – 2012)
  • Tiga pingat perak Olimpik
  • 69 gelaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF)

Deretan pencapaian itu menjadikan Chong Wei antara ikon sukan paling berpengaruh dalam sejarah badminton dunia.

Penglibatan Chery dalam siri LCWC 2026 mencerminkan strategi jenama itu untuk memperkukuh impak komuniti dan pembangunan belia di Malaysia.

Sebagai antara jenama automotif antarabangsa yang berkembang pesat di Malaysia, Chery sebelum ini turut menyokong pemenang pingat Olimpik Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, dan kontinjen negara di Sukan Para Belia Asia 2025.

Kerjasama itu memperlihatkan jenama automotif kini semakin aktif dalam ekosistem pembangunan sukan nasional, bukan sekadar fokus kepada jualan dan produk.

Sokongan BAM

Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan kejohanan LCWC 2026 sebagai tambahan signifikan kepada sistem pembangunan akar umbi negara.

Menurutnya, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan, tetapi platform memperluas akses dan memperkukuh rantaian pembangunan bakat jangka panjang Malaysia.

Pengenalan kejohanan LCWC 2026 menandakan fasa baharu dalam pembangunan badminton negara dengan penglibatan strategik sektor korporat seperti Chery yang memberi nilai tambah kepada ekosistem sukan.

Maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi kejohanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here