
Sekumpulan pemandu kereta ditahan gara-gara melakukan aksi zig-zag di jalan Tol Bekasi-Cawang-Kampung Melayu (Becakayu), Jakarta Timur, Indonesia selepas video berkenaan tular di media sosial.
Pihak berkuasa Polis Trafik Ditlantas Polda Metro Jaya, AKBP Reiki Indra Brata Manggala mengatakan telah mengenalpasti enam suspek yang terlibat dalam video berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati para pengemudi rata-rata berusia 25 tahun dan memiliki lesen memandu (SIM).
“Aksi berkendara secara zig-zag tersebut memang sengaja mereka lakukan demi konten yang bagi menyokong usaha jual beli kenderaan terpakai.
“Motifnya mereka membuat konten sekaligus untuk menjual kereta, kerana sebahagian sebahagian dari mereka bekerja sebagai jual beli kenderaan,” jelasnya.
Reiki Indra menyatakan pihak berkuasa hanya memberikan teguran terhadap pemuda berkenaan dan kesemuanya telahpun memohon maaf atas tindakan yang dilakukan.
Jelasnya, tiada hukuman mahupun saman dikeluarkan kepada kesemua pemandu tersebut yang mana pihak berkuasa hanya mengambil pendekatan mendidik.
Sebelumnya sebuah video yang merakam lima kereta melaju dengan manuver zig-zag di jalan tol tular dsehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.































