Utama Berita Automotif Kereta peronda berhenti kedai mamak waktu siang dikenalpasti

Kereta peronda berhenti kedai mamak waktu siang dikenalpasti

22

Anggota yang terbabit dalam rakaman tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di Sungai Buloh pada Khamis lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

Rakaman tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai pandangan serta persepsi awam yang rata-ratanya menggesa agar siasatan dijalankan berhubung kejadian berkenaan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here