Utama Berita Automotif Lelaki maut, Perodua Kancil jatuh gaung 80 meter

Lelaki maut, Perodua Kancil jatuh gaung 80 meter

92

Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil yang dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Ashiq Fazal Ahmad, 56 dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan satu jentera dan sebuah ambulans JBPM dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada jam 10.46 malam.

“Kereta dipandu mangsa terbabas di laluan jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi 80 meter.

“Ketika ditemui mangsa yang masih hidup dan mengalami kecederaan parah diberikan rawatan segera oleh anggota bomba.

“Pihak bomba kemudian menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan berusaha membawa naik mangsa dari dalam gaung,” katanya. 

Beliau menambah mangsa disahkan meninggal dunia ketika kerja penyelamatan di lokasi kejadian pada jam 1.15 pagi oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siasatan kes berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here