Utama Berita Automotif LKM tamat tempoh, JPJ sita kereta warga Nepal

LKM tamat tempoh, JPJ sita kereta warga Nepal

24
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah Proton Persona yang dipandu seorang warganegara Nepal selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dalam operasi penguatkuasaan di KM 2, Kawasan Perusahaan Kulim, petang Ahad.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan turut mendapati nombor pendaftaran kenderaan didapati sukar dicam dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
 
“Walaupun semakan mengesahkan kenderaan masih mempunyai perlindungan insurans yang sah, tindakan tegas tetap diambil atas kesalahan yang dikesan.
 
“Kenderaan berkenaan kemudiannya disita untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan.
 
JPJ menegaskan bahawa pematuhan terhadap peraturan jalan raya adalah tanggungjawab semua pengguna jalan raya tanpa mengira warganegara, dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here