Utama Berita Automotif BMW Motorrad lancar model premium, sedia ‘gegar’ jalan raya

BMW Motorrad lancar model premium, sedia ‘gegar’ jalan raya

6

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi melancarkan BMW F 450 GS untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM40,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Pelancaran model terbaru daripada BMW itu menepati jangkaan mengenai ketibaan model itu pada suku kedua 2026.

F 450 GS dikuasakan enjin parallel-twin 450cc dibangunkan bersama TVS di India.

Enjin dua silinder 420cc serba baharu itu menawarkan 48hp pada 8,750rpm dan 43Nm pada 6,750rpm.

Ini menjadikan F 450 GS bakal bersaing dengan CFMoto 450MT dan Moto Morini Alltrhike 450.

Menurut BMW, enjin baharu ini menampilkan crankshaft dengan crankpin offset pada 135-darjah dan dipadankan dengan balancer shaft tunggal yang berfungsi mengurangkan gegaran enjin.

Tangki 14L ditawarkan model ini juga mampu membawa motosikal tersebut sehingga 340km dengan setiap isian penuh.

Pakej elektronik merangkumi tiga mod menunggang – Rain, Road dan Enduro serta ABS Pro.

Selain itu turut disenaraikan termasuk Dynamic Brake Control, Dynamic Traction Control dan engine drag control.

Ciri ini didatangkan secara standard, namun pelanggan boleh mengaktifkan mod Enduro Pro dengan pembayaran tambahan.

Antara ciri utama F 450 GS termasuk Easy Ride Clutch, sistem didatangkan secara standard pada varian GS Trophy.

Dipadankan bersama BMW Shift Assistant Pro, penggunaan klac manual tidak lagi diperlukan untuk operasi pertukaran gear.

Bagaimanapun klac manual masih boleh diguna pakai mengikut cita rasa penunggang.

Maklumat lengkap mengenai motosikal ini boleh diakses menerusi paparan meter TFT berwarna 6.5-inci yang juga didatangkan secara standard.

Casis pula terdiri dari fork USD 43mm dari KYB dan central spring strut KYB (dengan pelarasan pra-beban dan rebound damping).

Meskipun berimej lasak, F 450 GS didatangkan dengan rim 19-inci depan berbanding 21-inci.

Pakej brek terdiri dari kaliper brek Brembo 4-piston depan dengan cakera 310mm dan brek ByBre belakang dengan cakera 240mm.

Ketinggian tempat duduk adalah 845mm namun BMW menawarkan pilihan pelana lebih rendah dengan 830mm dan 865mm.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here