Utama Berita Automotif GWM kembali ke KLIMS 2026, bakal lancar 2 model EV terbaru

GWM kembali ke KLIMS 2026, bakal lancar 2 model EV terbaru

5

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menjadi pentas penting buat GWM Malaysia memperkenalkan pelbagai model serta teknologi mobiliti terkini.

Pameran di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bertemakan For Every User, For Every Journey mencerminkan komitmen GWM menawarkan penyelesaian mobiliti yang memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna di Malaysia.

Menerusi pendekatan multi-jenama dan multi-kuasa, GWM akan mempamerkan rangkaian kenderaan merangkumi segmen SUV, MPV dan kenderaan elektrik, sesuai untuk kegunaan harian, keluarga mahupun aktiviti lasak.

Antara model yang bakal dipamerkan termasuk:

  • HAVAL H6 HEV – SUV hibrid pintar yang direka untuk keluarga moden
  • WEY G9 Hi4 PHEV – MPV premium plug-in hybrid yang menawarkan gabungan prestasi, kecekapan dan keselesaan
  • TANK 300 HEV – SUV off-road bergaya lasak dengan teknologi hibrid moden
  • TANK 500 HEV – SUV premium bersaiz besar yang menggabungkan kemewahan dan keupayaan off-road
  • ORA Good Cat – Kenderaan elektrik bandar dengan reka bentuk unik serta teknologi moden.

Selain model sedia ada, GWM Malaysia turut mengesahkan kehadiran dua model elektrifikasi baharu yang bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Walaupun maklumat terperinci masih dirahsiakan, pengunjung KLIMS 2026 akan menjadi antara yang terawal melihat arah tuju masa depan produk GWM sebelum pelancarannya secara rasmi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here