
Awalnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim menjangkakan Orang Asli, namun selepas ditahan identiti penunggang Yamaha LC135 terbongkar dalam operasi penguatkuasaan di KM1 Sedim pada Sabtu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan merupakan warganegara Myanmar berketurunan Rohingya.
Dalam operasi sekitar jam 11.30 pagi itu, pihak berkuasa mendapati penunggang berkenaan tidak memiliki lesen memandu dan memakai topi keledar serta melakukan beberapa kesalahan teknikal.
“Susulan kesalahan itu, penunggang dan pemilik motosikal dikenakan tindakan saman serta akan didakwa di mahkamah.
“Motosikal turut disita dan dibawa ke Depoh Sitaan JPJ Cawangan Kulim untuk tindakan lanjut dan pihak JPJ menegaskan undang-undang jalan raya tetap wajib dipatuhi tidak mengira status,” katanya.































