Utama Berita Automotif Leapmotor hantar 103,000 unit pada Ogos, pecah rekod 5 bulan berturut-turut

Leapmotor hantar 103,000 unit pada Ogos, pecah rekod 5 bulan berturut-turut

4

Pengeluar EV China, Leapmotor, terus buat kejutan sepanjang Ogos 2026 apabila menyaksikan syarikat itu menghantar 103,129 unit kenderaan, sekaligus mengesahkan kedudukannya sebagai antara jenama NEV paling cepat berkembang di dunia ketika ini.

Ini bulan ke-5 berturut-turut Leapmotor mencatat rekod penghantaran tertinggi. Malah, ini bulan ke-2 berturut-turut mereka kekal melepasi paras 100,000 unit penghantaran. 

Berbanding Ogos tahun lalu, rekod penghantaran ini melonjak 80.72 peratus.

Dengan angka itu, Leapmotor kini rasmi berada dalam Top 4 jenama NEV penumpang terbesar dunia dan Top 3 jenama China dalam segmen yang sama.

Momentum itu disambung dari Julai lalu, di mana Leapmotor mencipta sejarah sebagai syarikat pemula NEV pertama dari China yang berjaya hantar lebih 100,000 unit dalam sebulan.

Secara keseluruhan dari Januari hingga Ogos 2026, Leapmotor sudah menghantar 560,883 unit di seluruh dunia.

Ia meningkat 70.55 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sejak mula jualan pada 2020, jumlah terkumpul Leapmotor kini mencecah 1.76 juta unit. Mereka baru sahaja melepasi 1.5 juta awal tahun ini, dan menambah 250,000 pelanggan baharu dalam beberapa bulan sahaja.

Kejayaan ini disokong permintaan kukuh di pasaran domestik dan antarabangsa, ditambah dengan kekuatan R&D dalaman serta kilang milik sendiri.

Leapmotor pada 16 September 2026 akan mengadakan Persidangan Teknologi Tahunan 2026.

Antara yang bakal diperkenal :

  • Generasi baharu sistem bantuan pemanduan berasaskan world model
  • Kemajuan terkini bateri, motor elektrik dan kawalan elektronik

Dengan rentak pertumbuhan sekarang, Leapmotor sedang memecut laju untuk mengukuhkan statusnya sebagai jenama NEV paling pantas berkembang di dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here