Utama Berita Automotif Model motor sama tetapi guna nombor plat kakak

Model motor sama tetapi guna nombor plat kakak

5
Tindakan seorang lelaki berusia 21 tahun menggunakan nombor pendaftaran motosikal milik kakaknya terbongkar selepas ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalam (JPJ) Kedah di KM2, Jalan Langgar–Jalan Dato’ Kumbar, pada Isnin.
 
Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan menggunakan nombor pendaftaran milik motosikal kakaknya yang merupakan model sama.
 
“Menurut OKS, motosikal miliknya mempunyai LKM tamat tempoh sejak 2024 dan tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.
 
“Pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa kesalahan teknikal dan pengubahsuaian bentuk serta peralatan motosikal,” menurut kenyataan.
 
Susulan itu, motosikal tersebut akhirnya disita dan dibawa ke Depoh Penahanan JPJ Kedah untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here