Utama Berita Automotif Petron diiktiraf MBOR, 560 stesen terima penarafan tandas 4,5 bintang

Petron diiktiraf MBOR, 560 stesen terima penarafan tandas 4,5 bintang

7

Petron Malaysia muncul sebagai penanda aras industri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rangkaian stesen minyak dengan jumlah tertinggi memperoleh penarafan kebersihan tandas 4 dan 5 bintang di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan selepas 560 stesen Petron, bersamaan 86 peratus daripada keseluruhan rangkaian, berjaya memperoleh penarafan kebersihan 4 atau 5 bintang daripada pihak berkuasa tempatan  pada Jun 2025, dengan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pencapaian tersebut adalah hasil kempen Tandas Kita Bersih yang dimulakan Petron sejak 2018, bertujuan meningkatkan tahap kebersihan dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kemudahan awam.

Menurut Petron Malaysia, kempen itu menjadi titik permulaan kepada usaha berterusan syarikat menaikkan standard kebersihan, termasuk menambah baik kemudahan tandas dan memperkukuh amalan penyelenggaraan di seluruh rangkaian.

Pengusaha dan pekerja stesen turut memainkan peranan besar dalam memastikan standard kebersihan kekal terjaga, sekali gus memberikan pengalaman selesa kepada pelanggan, selaras dengan komitmen memastikan tandas kekal bersih, selamat dan terurus sebagai sebahagian daripada budaya perkhidmatan Petron.

Pencapaian Petron turut diperkukuh apabila Stesen Petron Stadium Hang Jebat di Melaka berjaya memenangi Anugerah ASEAN Public Toilet Initiative tiga tahun lalu, yang membuktikan kesungguhan syarikat memenuhi standard antarabangsa dari segi kebersihan, keselamatan dan kemudahan asas.

Pengiktirafan MBOR itu merangkumi beberapa kriteria utama termasuk:

  • tahap kebersihan
  • fungsi kemudahan
  • penyelenggaraan
  • keselesaan keseluruhan pengguna

Malah, jumlah stesen yang berjaya memperoleh penarafan 4 dan 5 bintang kini meningkat kepada 91 peratus berdasarkan pencapaian semasa.

Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor berkata, pengiktirafan itu terhasil daripada usaha konsisten selama bertahun-tahun dan kerjasama erat bersama para pengusaha serta pekerja stesen.

“Kami berbangga melihat bagaimana kempen kebersihan tandas yang bermula pada 2018 telah berkembang menjadi satu komitmen di peringkat nasional yang kini menetapkan penanda aras baharu untuk industri,” katanya.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan penting yang mengukuhkan lagi usaha Petron meningkatkan standard perkhidmatan kepada pelanggan, selaras dengan janji Pasti OK. 

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sejak 2023, Kerajaan MADANI menerusi kementeriannya memperkenalkan inisiatif Tandas BMW (Bersih, Menawan, Wangi) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebersihan tandas awam.

“Saya amat berbesar hati melihat semakin banyak pihak swasta menyahut seruan ini untuk bersama-sama meningkatkan standard kebersihan.

“Petron merupakan antara teladan terbaik bagaimana kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta dapat membawa perubahan positif terhadap kemudahan yang digunakan rakyat setiap hari,” katanya.

Bagi Petron Malaysia, tandas yang bersih dan terurus bukan sekadar kemudahan asas, malah sebahagian penting daripada pengalaman pelanggan, mencerminkan komitmen janji Pasti OK untuk memberikan pengalaman lebih bersih, selamat dan selesa di setiap persinggahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here