Team Suzuki ECSTAR – Bawa 3 Rider ke Motegi

871

MotoGP Jepun cabaran seterusnya untuk Team SUZUKI ECSTAR, Kali ini pasukan Suzuki Ecstar membawa bersama pelumba Wild card mereka iaitu Sylvain Guintoli bagi melengkapkan pasukan bersama Andrea Iannone dan Alex Rins.

Perlumbaan kali ini di jangka akan menjadi lebih hebat.Ini kerana Ibu Pejabat Suzuki tidak jauh dari litar. Sudah semestinya sokongan dari pekerja kilang Suzuki akan menyemarakkan lagi pasukan.

Peluang keemasan bagi jurutera Kilang Suzuki untuk melibatkan diri serta melihat dari dekat tugas krew pasukan Suzuki Ecstar.



Litar Motegi diakui yang terbaik untuk GSX-RR, memandangkan hasil yang diperoleh dalam beberapa tahun kebelakangan menghampiri podium.

Keputusan yang dihasilkan oleh Andrea Iannone dan Alex Rins di beberapa perlumbaan baru-baru ini adalah satu petanda positif. Ini mungkin memberi kejutan kepada peminat Suzuki di MotoGP Jepun.

Perlumbaan sebanyak 24 pusingan, di litar Twin Ring Motegi dengan jarak keseluruhannya 115.2km dengan 6 selekoh di sebelah kiri dan 8 selekoh di sebelah kanan bakal menyaksikan satu sejarah.

Litar yang menentukan samada Marc Marquez akan di nobatkan sebagai Juara MotoGp 2018 atau harus menunggu di pusingan berikutnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here