
Pemandu Nissan Navara yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
K Darmaraju, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap, 11 Mei lalu.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Plus berhampiran Plaza Tol Duta.