
Identiti sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam Teluk Intan, pagi tadi, sudah dikenalpasti.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kemalangan sama turut mengakibatkan sembilan lagi anggota FRU cedera dan kini sedang dirawat di Hospital Teluk Intan.
Menurutnya, kesemua mangsa adalah daripada FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh.
“Ketika kejadian, lori FRU Unit 5 dinaiki semua 18 anggota dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di hilir Perak.
“Tiba di lokasi kejadian, lori FRU Unit 5 dirempuh daripada hadapan oleh lori yang membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya.
Sementara itu, beliau menyatakan pemandu lori muatan batu kerikil berusia 40-an tidak mengalami kecederaan dan ditahan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Ujian saringan telah dijalankan dan pemandu didapati negatif dadah. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta mengumpul maklumat tambahan,” katanya.
Senarai PRP FRU Unit 5 (meninggal dunia)
- Sarjan S Perumal, 44 tahun.
- Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun (meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan).
- Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 tahun.
- Koperal Nurit Ak Pandak, 34 tahun.
- Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun.
- Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun.
- Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 tahun.
- Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun.
- Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 tahun.
Senarai PRP FRU Unit 5 (cedera)
- Sarjan Mazlan Mat, 50 tahun.
- Sarjan Mohd Parih Ali, 44 tahun.
- Koperal Haslizal Mohd Ali, 44 tahun.
- Koperal Nizam Tarmizi, 38 tahun.
- Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 tahun.
- Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39 tahun.
- Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32 tahun.
- Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 tahun.
- Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26 tahun.