
Modenas rasmi memperkenalkan motosikal elektrik ke pasaran tempatan menerusi MEV 1 dan MEV 2 pada acara Malaysia Autoshow (2025).
Langkah strategik ini menandakan komitmen Modenas ke arah mobiliti elektrik serta menyokong agenda negara ke arah pengangkutan yang lebih hijau dan lestari.
MEV 1 dan MEV 2 merupakan produk EV pertama yang secara rasmi ditawarkan oleh pengeluar motosikal nasional ini kepada pengguna di Malaysia.
Kedua-dua model skuter elektrik ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan mobiliti urban dan komuter harian.
Spesifikasi MEV-2 :
- Jarak perjalanan: 107km
- Kelajuan: 80kmj
- Kuasa Motor: 4.0 kW (EEC), 5.1 kW (Kuasa Puncak Maksimum)
- Jenis Bateri: ATL Litium (74V30Ah, Pilihan 2 Bateri)
- Ciri-ciri Utama: Pengecas atas papan (on-board charger), suspensi depan
teleskopik, brek cakera hidraulik dengan CBS, lampu LED - Harga Jualan: RM9,878
Spesifikasi MEV-1 (PRO | PRO SX)
- Jarak perjalanan: 135 km
- Kelajuan: 85kmj
- Kuasa Motor: 4.3 kW (EEC), 4.9 kW (Kuasa Puncak Maksimum)
- Jenis Bateri: ATL Litium (60V45Ah, Pilihan 2 Bateri)
- Ciri-ciri Utama: Pengecas Atas Papan (On-board charger), suspensi depan
teleskopik, brek cakera hidraulik dengan CBS, tork dipertingkat untuk pecutan - Harga Jualan: RM13,470