Siri komedi Mr. Bean suatu ketika dahulu menjadi fenomena di kalangan semua orang. Malah hingga hari ini jutaan orang masih menonton siri itu di TV atau di internet.
Boleh dikatakan majoriti masyarakat di seluruh dunia menyukai watak ini yang terkenal dengan telatah lucunya tanpa perlu watak utamanya bercakap apa-apa.
Menampilkan Rowan Atkinson sebagai watak utama, siri komedi Mr. Bean juga popular dengan sebuah kereta klasik iaitu Mini Morris yang bewarna hijau.
Selain sinonim dengan Mini yang bewarna hijau tersebut, Rowan Atkinson juga difahamkan memiliki beberapa buah kereta pada dunia nyata, yang terdiri dari McLaren hingga Rolls-Royce.
Berikut adalah empat koleksi kereta milik Rowan Atkinson.
- McLaren F1
McLaren F1 adalah salah satu koleksi kenderaan Rowan Atkinson. Apa yang menarik, dia telah itu ‘merosakkan’ kereta itu sebanyak dua kali sebelum menjualnya.
Untuk makluman, kereta ini dilengkapi dengan enjin V12 yang mampu menghasilkan sehingga 627hp. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.4 saat.
2. Land Rover Defender 90 Heritage
Land Rover Defender 90 Heritage ialah kenderaan edisi terhad yang diperkenalkan oleh Land Rover. Ianya dihasilkan hanya dalam 400 unit.
Rowan Atkinson difahamkan memiliki salah sebuah dari kenderaan ini namun ianya juga telah dijual.
3. Mercedes-Benz SLS AMG
Mercedes-Benz SLS AMG adalah salah satu kereta yang disukai oleh ramai orang termasuk Rowan Atkinson. Terdapat beberapa sumber mengatakan dia menjual McLaren F1 miliknya untuk memiliki kereta ini.
4. Rolls-Royce Phantom Coupe
Rolls Royce Phantom Coupe merupakan salah satu kereta yang digunakan dalam filem yang turut dilakonkan oleh Atkinson iaitu Johnny English. Atkinson kemudian difahamkan telah membeli kereta ini untuk dijadikan koleksi kereta miliknya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar