Mr Bean nak jual kereta lumba Aston Martin V8 Vantage Zagato (1986)

1953

Rowan Atkinson yang kita kenali sebagai Mr Bean memandu kereta Mini hijau namun di luar set penggambaran Atkinson sebenarnya memiliki citarasa luar biasa dalam automotif.

Salah satu kenderaan terbaik dalam koleksi komik British, Aston Martin V8 Vantage Zagato (1986), baru sahaja disenaraikan untuk jualan oleh Dylan Miles di United Kingdom.



Selain dimiliki oleh Mr Bean, model itu juga sukar didapati di pasaran. Difahamkan ia hanya dikeluarkan sebanyak 52 unit yang dikeluarkan antara tahun 1986 hingga 1990. 

Nombor casis yang dimiliki oleh Atkinson adalah 20012 iaitu keluaran pertama bagaimanapun pelawak itu hanya memiliki model tersebut pada 1998.

Jentera tersebut diubah kepada spesifikasi perlumbaan untuk kategori “Mildly Modified” Kelas C2 Kelab Pemilik Aston Martin.

V8 Vantage Zagato milik Atkinson merupakan satu-satunya model yang menerima kemasan lumba yang dijalankan oleh jabatan kereta klasik, Aston Martin Works.

Selain itu, bahagian enjin V8 5.3 liter dibina semula dan dinaik taraf dengan suntikan bahan api Weber Alpha dan kepala ekzos salutan seramik.

Naik taraf ini meningkatkan output enjin kepada 482hp dan tork 558Nm. Selain itu, bahagian luaran ditanggalkan sementara panel lebih ringan dan tingkap sisi Perspex dipasang untuk mengurangkan berat keseluruhan daripada 1,599kg  kepada 1,450kg.

Pengubahsuaian lain termasuk suspensi spesifikasi lumba baharu dan sistem brek dengan komponen AP Racing. Manakala warna badan Gladiator Red dipadankan dengan kabin warna hitam.

Selain itu, gumball putih di sisi pintu menempatkan nombor perlumbaan 33 Atkinson sebelum ini.

Pelakon komedi itu menghabiskan sedekad di belakang roda V8 Vantage Zagato dan model itu pernah terlibat kemalangan pada 2001. Sejak itu, jentera lumba tersebut bersara daripada perlumbaan dan diubahsuai sekali lagi agar mesra jalan raya pada 2016.

Pengedar kereta eksotik tersebut tidak menyenaraikan harga V8 Vantage Zagato tersebut dan jika anda berminat bolehlah melayari laman web Dylan Miles.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here