“Pasai apa logo Proton (pertama) bentuk dia macam tu,” Tun M

467

Proton Saga yang merupakan produk pertama diperkenalkan pada 1985 iaitu lebih tepat pada tarikh lahir (9 Julai) pengasas jenama itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada awal kemunculan, Proton memasarkan kenderaan hasil kerjasama dengan pihak Mitsubishi Motors Corporation (MMC).



Logo pertama Proton 1985 hingga 1982 terdiri daripada rekaan rombus (segi empat-bentuk intan) dengan bahagian bawah yang panjang. 

Bahagian atas lencana perak itu diletakkan imej bintang dan bulan berwarna kuning dengan latar biru. Di bawahnya, tulisan lencana Proton menyerupai huruf Arab.

Pernahkah anda terfikir inspirasi logo berkenaan?. Menerusi perkongsian video akaun TikTok Ragam Studio Shop yang mengambil klip Galeri Kereta, Tun Mahathir mendedahkan rahsia idea logo pertama Proton itu.

“Logopun lama punya, you tahu tak logo ni pasai apa shape macam tu.

“Kalau you tengok Mitsubishi punya logo dia tiga (bentuk berlian), saya ambil satu,” kongsinya.

Pada video itu, Bapa Pemodenan Malaysia itu juga berkongsi perjalanan memulakan jenama automotif nasional pertama negara itu.

@ragamstudiomedia

Tun buka rahsia logo PROTON SAGA #keretamalaysia #protonmalaysia #protonsaga #mahathirmohamad #sirazriofficial #fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Cikgu Satyaprabu Kumar – Cikgu Satyaprabu Kumar

“Masa itu kereta kita, 18 peratus (komponen tempatan) dari Malaysia yang lain kita beli komponen dari Jepun. Sehingga sekarang dah 95 peratus.

“Kita (Malaysia) boleh buat sendiri semua, orang kita..orang Proton boleh buat. Other people also ada kapasiti build the car.

“Matlamat saya supaya orang kita ni belajar macam mana nak buat kereta, kerana kereta adalah kejuruteraan. So, kita dapat maklumat berkenaan kejuruteraan.

“Sebelum jadi Perdana Menteripun, saya pergi ke Jepun. Saya tengok diaorang boleh buat macam-macam. Kenapa kita tak boleh?.

“Sebab itu saya nak perkenalkan kereta, ia projek kejuruteraan. Kalau you boleh buat kereta, you boleh buat macam-macam lagi. Kita nak kena paham macam mana ICE berfungsi.

“Kita ada keupayaan, orang kita boleh buat,” kongsi beliau dalam video itu. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here