Xiaomi Ninebot GoKart Pro ini boleh jadi ‘Lamborghini’ paling mampu milik

2148

Siapa tak mahu sebuah Lamborghini, kan? Tapi lagi bagus kalau ianya lebih mampu milik, guna elektrik, dan masih tetap seronok dipandu.

Xiaomi telah mendedahkan Ninebot GoKart Pro edisi terhad dengan usahasama bersama pengeluar supercar Itali itu. Edisi ini merupakan sebahagian dari sambutan ulangtahun ke-10 Xiaomi.



Syarikat gergasi teknologi China itu turut melancarkan TV telus pertama di dunia yang dihasilkan secara besar-besaran, jadi bukan calang-calang juga syarikat ini selain produk gajet dan telefon pintar mereka.

Walaupu go-kart ini tidaklah nampak segarang Lamborghini sebenar, Ninebot GoKart Pro ini turut dikenakan warna kuning Giallo Orion selain pelekat dan lencana Lamborghini.

Segala sirip aerodinamik dan spoiler tiang di belakang memberikannya aura jentera lumba, dan roda stereng kecil serta tempat duduk yang nampak agak selesa (untuk sebuah go-kart) nampak cukup cool.

Xiaomi mendakwa Ninebot GoKart Pro Lamborghini Edition ini mampu membawa pemandu atau beban sehingga 100kg.

Sama seperti GoKart Pro sedia ada, edisi Lamborghini ini juga dikuasakan oleh pek bateri 432Wh yang cukup untuk digunakan di litar 400m sebanyak 62 pusingan dengan kelajuan maksima 40km/j.

Selain itu, Lamborghini Edition ini dilengkapi lampu depan LED “Ice Lake Blue” dan sistem emulasi audio yang menjana bunyi enjin Lamborghini sebenar. Tayar khas juga dipasang untuk lebih mudah dibuat drift.

Tiada maklumat bila ia akan boleh didapati di pasaran luar selain China, tetapi ia telah dilancar semalam dengan harga 9,999 Yuan (RM6,040).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here