Pemandu langgar pembahagi jalan selepas terkejut tengok labah-labah dalam kereta

2294

Setiap pemandu kenderaan mestilah fokus semasa memandu walau apa jua keadaaan sekalipun. Ini kerana, sesaat anda hilang fokus, anda mungkin berisiko besar untuk terlibat dalam kemalangan. 

Seperti kejadian yang berlaku di Wootton, England, seorang pemandu telah mengalami kemalangan setelah hilang fokus kerana melihat seekor labah-labah berada dalam kenderaannya. 



Dia difahamkan panik dan cuba untuk menghalau serangga yang berada di dalam keretanya, yang merupakan sebuah Kia Rio.

labah-labah

Walau bagaimanapun, lelaki dari Isle of Wight, United Kingdom tersebut hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan kerana melanggar tiang lampu yang berada di jalan tersebut.

Pihak polis di Wootton, England menerima laporan tentang kemalangan ini dan telah mengesahkan tiada kecederaan teruk dialami oleh pemandu tersebut.

Untuk mengelakkan terlibat dengan kes seperti ini, setiap pemandu kenderaan mestilah memeriksa ruangan dalam kenderaan mereka, supaya tiada gangguan atau halangan yang akan dihadapi semasa memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here