Grand Prix Sepanyol: Lewis Hamilton rangkul kemenangan ke-88 sepanjang karier

1289

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton meneruskan dominasinya dalam kejuaraan Formula 1 apabila menjuarai Grand Prix Sepanyol yang berlangsung di litar Catalunya.

Grand Prix Sepanyol lewis hamilton

Apa yang lebih manis, kemenangan ini merupakan rekod kemenangan ke-88nya sepanjang beraksi dalam kejuaraan ini.



Pelumba kelahiran United Kingdom ini memulakan perlumbaan pada petak pertama, dan terus mendominasi di barisan hadapan hingga perlumbaan tamat. Selain merupakan kemenangan ke-5 di Sepanyol, kemenangan ini membuatkan Hamilton semakin menghampiri gelaran juara keseluruhan.

Di belakang Hamilton, Max Verstappen sekali lagi berjaya memanfaatkan sepenuhnya keupayaan jentera Red Bull RB16 yang dipandunya, apabila berjaya mengatasi Valtteri Bottas untuk berada di kedudukan kedua.

Selain itu, nasib tidak menyebelahi pelumba pasukan Ferrari iaitu Charles Leclerc, apabila dia tidak menamatkan perlumbaan kerana masalah elektrik pada jenteranya.
 
Kedudukan ke-4 dan ke-5 berjaya diraih oleh kedua-dua pelumba pasukan Racing Point iaitu Lance Stroll dan Sergio Perez.
 

Keputusan penuh Grand Prix Sepanyol 2020

1. Lewis Hamilton (Mercedes)
2. Max Verstappen (Red Bull)
3. Valtteri Bottas (Mercedes) 
4. Lance Stroll (Racing Point)
5. Sergio Perez (Racing Point)
6. Carlos Sainz (McLaren)
7. Sebastian Vettel (Ferrari)
8. Alexander Albon (Red Bull)
9. Pierre Gasly (Scuderia AlphaTauri)
10. Lando Norris (McLaren) 
11. Daniel Ricciardo (Renault)
12. Daniil Kvyat (Scuderia AlphaTauri) 
13. Esteban Ocon (Renault)
14. Kimi Raikkonen (Alfa Romeo Racing)
15. Kevin Magnussen (Haas F1)
16. Antonio Giovinazzi (Alfa Romeo Racing)
17. George Russell (Williams)
18. Nicholas Latifi (Williams)
19. Romain Grosjean (Haas F1) 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here