YDP Agong pandu Toyota Hilux redah banjir untuk hulur sumbangan

1949

Melalui sebuah rakaman video dimuat naik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memandu Toyota Hilux meredah banjir bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan turut berangkat, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

agong toyota hilux

Difahamkan, baginda berkenan untuk membuat lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang dan berkenan untuk memandu sendiri dan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).



Lawatan tersebut bertujuan bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar daerah berkenaan. Ketika di dalam perjalanan, baginda juga difahamkan sempat singgah dan menyampaikan bantuan kepada pemandu lori yang terkandas di Plaza Tol Karak, LPT.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin,  baginda turut menasihatkan rakyat terutamanya yang berada di kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

Difahamkan, baginda telah melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SMK Maran, Surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin.

YDP Agong juga mengajak seluruh rakyat mendoakan agar benc.ana banjir ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here