Chery Auto Malaysia melakukan pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh berhubung kes viral gandar patah

354

Berhubung kes viral gandar patah, Chery Auto Malaysia sudah pun membawa Omoda 5 berkenaan ke pusat servis untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh

Berdasarkan kenyataan rasmi, Chery Auto Malaysia berdedikasi untuk memastikan semua kenderaannya memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi.

“Chery Auto Malaysia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut.



“Kenderaannya sudah pun dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh, katanya dalam kenyataan media sebentar tadi. 

Menurutnya juga, sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan yang terbabit.

Katanya, pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi.

“Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.

“Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia, yang boleh dihubungi di +603- 2771 7070, sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan pelanggan Chery dan OMODA,” katanya. 

Chery Auto Malaysia komited terhadap ketelusan dan menjamin dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here