Stellantis Malaysia rasmi lancar Peugeot 408 versi CKD, harga mula RM146k

271

Stellantis Malaysia rasmi memperkenalkan Peugeot 408 pemasangan tempatan (CKD) menerusi tiga pilihan varian :

  • Allure : RM146,055
  • Premium : RM166,055
  • Flagship GT : RM196,055

Model yang dipasang di kemudahan Stellantis Gurun, Kedah itu didatangkan dengan empat pilihan warna badan iaitu Perla Nera Black, Okenite White, Artense Grey dan Obsession Blue.



Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, pihaknya telah menerima hampir 200 unit tempahan. 

*Stellantis menawarkan waranti 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km (mana-mana tiba dahulu).

JANAKUASA 1.6L TURBO

Peugeot 408 menggunakan enjin 1.6 liter turbo PureTech yang menghasilkan kuasa 218hp @5,750rpm dan tork 300Nm @ 2,000rpm bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 8.8 saat.

PENAMPILAN LUARAN

Siluet fastback Peugeot 408 diserlahkan dengan gril depan yang sama dengan warna badan.

Kemudian ia diapit dengan kluster lampu depan LED Peugeot Signature Light serba baharu bersama lampu nyala siang (DRL) rekaan taring singa serta lencana singa Peugeot baharu. 

Manakala lampu belakang LED menampilkan rekaan tiga cakaran 3D dengan lekuk pada bampar belakang. 

Engsel berlekuk pada Peugeot 408 digabungkan dengan rekaan telinga kucing (Cat Ears) untuk menghasilkan koridor aerodinamik yang optimum pada lid spoiler.

Varian Allure mendapat rim Granite Grey bersaiz 18-inci, manakala Premium pula didatangkan dengan rim Granite Black 18-inci dan Monolithe Black bersaiz 20-inci untuk varian GT.

Varian GT dilengkapi lampu utama dengan teknologi Matrix LED yang menampilkan fungsi lampu tinggi automatik bersama ciri lain termasuklah :

  • Lampu belakang LED bersama 3D ‘Claw Effect’
  • Kluster Meter Digital 3D Quartz
  • Ciri sentuhan i-Toggles yang boleh dikonfigurasikan
  • Sistem Hi-Fi Premium FOCAL®
  • Kamera 360 darjah
  • Fungsi urutan multi-spot untuk penumpang depan dan pemandu
  • Varian GT dilengkapi sistem Hi-Fi Premium FOCAL dengan 10 unit pembesar suara.

Dibina berasaskan EMP2 (Efficient Modular Platform) multi-tenaga, 408 serba baharu memiliki dimensi panjang 4,687mm, lebar (1,859mm) dan tinggi (1,487mm) bersama jarak roda 2,787mm dan jarak kelegaan tanah 189mm. 

PEUGEOT i-COKCPIT

Tawaran kabin ergonomik sumbangan Peugeot i-Cockpit membolehkan capaian kepada sistem kawalan dengan mudah.

Antara ciri peralatan yang ditawarkan adalah :

  • Kluster instrumen digital bersaiz 10-inci dengan teknologi 3D dan pilihan paparan yang boleh dipersonalisasi bagi varian GT.  
  • Selain itu, tawaran i-Toggles menyediakan jalan pintas untuk fungsi kawalan suhu, radio, navigasi dan banyak lagi. 
  • Tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil satu sentuhan untuk gear Reverse (R), Neutral (N) dan Drive (D), manakala butang Parking (P) diposisikan secara berasingan.
  • Ada tiga pilihan mod pemanduan iaitu Eco, Normal atau Sport.
  • Sistem infohibur Peugeot i-Connect menawarkan pelbagai tetapan boleh ubah yang cukup banyak sehingga lapan profail pemandu berbeza. 
  • Ketersambungan pada dua telefon pintar boleh dilakukan menerusi bluetooth atau soket USB-C. 
  • Kerusi pemandu yang mendapat pengiktirafan persatuan AGR yang pakar dalam aspek ergonomik dan kesihatan belakang badan menawarkan 10 tahap pelarasan dengan dua tetapan memori manakala penumpang depan dengan enam tahap tetapan.
  • Varian GT hadir dengan balutan kulit Dynamic Black Nappa pada kerusi depan dan belakang.
  • Konsol tengah dilengkapi ciri pengecasan telefon tanpa wayar, perehat tangan, dua soket USB-C (menyokong pengecasan dan pemindahan data), dua pemegang botol minuman yang besar serta ruang simpanan barang seluas 33 liter.
  • Apabila kerusi belakang dilipat, ruang but boleh ditingkatkan dari 536 liter kepada 1,583 liter untuk varian GT dan 1,611 liter (Allure dan Premium). Ini termasuk ruang simpanan tambahan seluas 36 liter di bawah but.

CIRI KESELAMATAN

Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua.

Varian Premium dan GT turut hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan terkini merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri stop dan go.
  • Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran : Mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu siang dan malam, dari kelajuan 7kmj hingga 140kmj.
  • Amaran Active Lane Departure  
  • Driver Attention Alert: Pada kelajuan lebih 65kmj, ia mengesan pergerakan-pergerakan kecil yang berlaku pada stereng. 
  • Pemantauan titik buta jarak jauh, 75 meter 
  • Amaran Trafik Belakang 
  • Kamera undur 180 darjah definisi tinggi dengan nozel pembersihan bersepadu.
  • Bantuan parkir 360 darjah dengan empat kamera definisi tinggi (depan, belakang dan sisi). 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here