Chery akan buka kilang pemasangan kenderaan di Shah Alam

228

Chery bakal membuka kilang pemasangan kenderaan jenama itu di Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. 

Timbalan Presiden Eksekutif Chery International, Chen Chun Qing (kanan gambar di bawah) berkata, kilang berkenaan bakal memasangan kenderaan Chery untuk pasaran tempatan. 



Pada masa sama, Chen memaklumkan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bakal dibuka di Malaysia sebagai projek ubah suai model kenderaan pemanduan sebelah kiri ke pemanduan sebelah kanan.

Ketika ditanya berhubung barang gantian selepas kenderaan itu tamat diproduksi, beliau berkata pihaknya menyediakan produk sesuatu model itu sehingga 10 tahun.

“Perkhidmatan selepas jualan adalah sangat penting bagi kami. Selain itu, kami memastikan alat gantian mencukupi termasuk di setiap pengedar Chery.

“Kami juga menjalani latihan kepada juruteknik pengedar berhubung perkhidmatan selepas jualan banyak kali setiap tahun. Ia sebagai satu petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pengedar kami” katanya temuramah bersama media media di Chery International, Wuhu, China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here