#BAS (2024) : GWM perkenal Ora Euler Lighting Cat (Ora 07) Dark Night

65
GWM China memperkenalkan Ora Euler Lighting Cat (Ora 07) Dark Night pada Pameran Auto Beijing, hari ini.
 
Model tersebut didatangkan dengan pilihan warna hitam pada badan, rim dan kabin sekaligus memberikan aura sporty. 
 
Versi pacuan empat roda prestasi tinggi itu dilengkapi bateri ternary dengan dua motor yang menghasilkan kuasa 300kW dan tork 680Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.3 saat.
 
Model berprestasi itu menawarkan jarak pemanduan sejauh 600km dengan isian bateri 30 hingga 80 peratus di bawah 30 minit menggunakan pengecasan pantas.
 
Penampilan luaran diserlahkan menerusi rim 19-inci cat claw bionic bersama tayar Michelin Pilot Sport bersaiz 235/45, pencahayaan LED pada lampu depan, belakang dan signal, spoiler dan gril intake AGS aktif.
 
Manakala, masuk ke dalam kabin aura jentera prestasi boleh dilihat pada kemasan merah sebagai kontra bagi warna hitam.
 
Material gentian karbon disematkan pada ruangan punat kawalan pada konsol tengah di samping tersedianya panel instrumen bersaiz 10.25-inci dengan skrin infotainmen

12.3-inci.
 
Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah empat slot USB, pengecas tanpa wayar, paparan head up, 11 pembesar suara, pelarasan kerusi pemandu 6-peringkat, penapis udara PM2.5 dan lain-lain. 
 
Demi ketenangan minda pemilik, model itu didatangkan dengan Coffee Intelligent Assisted Driving di samping ciri keselamatan bantuan pintar. 
 
Ora Euler Lighting Cat dijual pada harga CNY269,800 (RM177,869).
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here