Chery Tiggo 9 PHEV diperkenalkan di Beijing Motor Show 2024, satu tangki 1,400km!

107

Chery International memperkenalkan rangkaian baharu model SUV popularnya menerusi Tiggo 9 PHEV di Beijing Auto Show 2024.

Ia adalah model tambahan Tiggo yang sedia ada membabitkan 2, 4, 6, 7, 8 dan yang terbaharu 9.

Tujuh Tempat Duduk 

Model dengan tujuh tempat duduk itu menonjolkan sebagai SUV hibrid plug-in yang menggabungkan elemen rekaan berbeza dengan pendekatan teknologi terkini menerusi moto “New energy, new eco, new era”.



Chery Tiggo 9 PHEV adalah SUV bersaiz besar dengan memiliki berukuran 4,810mm panjang, 1,925mm lebar dan 1,741mm tinggi atau 36mm lebih tinggi daripada Tiggo 8 Pro.

Dari segi reka bentuknya, Chery Tiggo 9 PHEV hadir dengan “conquer & guard”, menampilkan elemen yang menonjolkan kuasa dan keanggunan, sementara ruang dalaman kenderaan menawarkan keselesaan premium.

Dari segi luarannya, Tiggo 9 PHEV didatangkan dengan gril oktagonal yang tidak mempunyai lubang udara seperti kenderaan elektrik.

Rim 20 inci

Ia juga memiliki garisan badan yang dinamik membuatkan ia jelas kelihatan menarik, selain dilengkapi rim bersaiz 20 inci.

Bahagian dalamanan pula, jelas tampak premium dan mewah, selain pada padan pemuka mempunyai skrin infotaimen 15.6 inci resolusi 2.5K HD.

Tempat duduk 3D yang dijahit khas menambah daya tarikan visual bagi memastikan keselesaan tidak tertandingi, menjadikan setiap perjalanan menyeronokkan untuk penumpang.

Kuasanya pula, Tiggo 9 PHEV dilengkapi enjin 2.0T dengan gabungan motor elektrik ‘3DHT’ Chery dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan, memberikan kuasa maksimum 235hp dan tork 385Nm.

1,400km setangki bahan api

Sementara, motor elektrik ‘3DHT’ Chery berupaya menghamburkan kuasa 221hp dan Chery mendakwa penjimatan bahan api 5.2 liter setiap 100 km dalam mod WLTC China, yang diterjemahkan kepada jarak gerak lebih 1,400 km.

Menurut Chery, Tiggo 9 PHEV dijangka dilancarkan pada suku keempat 2024, ia menandakan satu lagi babak baharu untuk Chery dalam pasaran SUV global.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here