Buat kali pertama, tayar khusus Continental Asia-Pasifik (APAC) diuji hadnya guna kereta legenda Brabus bertork tinggi

50

Continental Tyres dan Brabus bekerjasama untuk menguji had tayar ‘sporty’ yang baru dilancarkan, bersesuaian untuk APAC (Asia-Pasifik), iaitu MaxContact MC7, di kemudahan ujian Continental di Contidrom. 

Menggunakan BRABUS 750 Bodo Buschmann Edisi 1 daripada 25 yang sangat terkenal, ujian itu menunjukkan kehebatan tayar dalam kawalan maksimum dan kawalan dalam mengendalikan tork 900Nm, dengan tayar 275/35R21 dipasang di bahagian hadapan, manakala 315/30R21 di belakang.



Edisi 1 daripada 25 BRABUS 750 Bodo Buschmann adalah bukti bagaimana prestasi membolehkan ia  memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 3.3 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 315km/j. 

Continental MaxContact MC7 mampu menandingi prestasi dan kelajuan yang luar biasa itu, ia sekali gus membolehkan tork 900 Newton meter (Nm) dilepaskan dan pada masa yang sama memastikan cengkaman yang maksimum dan pembrekan yang terbaik.

Reka bentuk Cornering Macroblocks yang unik dan Kompaun ReFlex membantu MaxContact MC7 mencapai kebolehsesuaian yang luar biasa dan cengkaman teguh pada permukaan jalan. 

Dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak yang lebih luas, MaxContact MC7 berjaya mengagihkan daya ke bahagian tayar yang lain untuk pengendalian yang lebih terkawal dan kestabilan yang luar biasa ketika di selekoh lebih tajam walaupun pada kelajuan tinggi.

MaxContact MC7 baharu juga menyediakan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat. 

3D Laser-cut Sipes mempertingkatkan cengkaman dan pembrekan dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan mengeluarkan air yang mengalir melalui alur tayar dengan cepat. 

Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek lebih pendek di jalan raya kering dan basah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here