Peugeot 2008 SE: 3 ciri istimewa yang buat SUV kompak ini lebih garang!

308

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd memperkenalkan crossover kompak, Peugeot 2008 dengan Edisi Khas (SE).

Ia direka untuk memberi inspirasi dan menghidupkan semula keterujaan peminat Peugeot yang mencari kenderaan yang unik sebagai bersifat individualistik dan bersemangat.

Apa yang istimewanya Peugeot 2008 SE ini:

1. Untuk mencapai kesan estetik yang tersendiri pada bahagian luaran, ia dipasang dengan pelekat grafik unik pada bonet hadapan dan kedua-dua sisi kereta. 



2. Selain itu, untuk menyerlahkan lagi reka bentuknya yang anggun, trim bampar depan dan belakang serta trim sisi disiapkan dalam warna Matte Black yang.

3. Tampil rim aloi 17 inci siap Piano Black yang dibangunkan khas untuk menyerlahkan keseluruhan kesukanan kenderaan itu.

Pakej aksesori itu berharga RM2,900 dan disertakan dengan Waranti Aksesori Tulen Satu Tahun berdasarkan tempoh kesesuaian semasa pembelian kenderaan baharu. 

Model binaan pengeluaran unik ini akan bermula pada bulan Mac dan penghantaran kenderaan dijangka menjelang akhir April. 

Ia  didatangkan secara eksklusif hanya dengan warna luaran Orange Fusion dan Pearl White.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here