Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung HLYM: Perkasakan menunggang pulang ke kampung dengan selamat!

377

Buat 25 tahun berturut-turut, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung untuk memperkasakan menunggang pulang dengan selamat.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd (HLI) Datuk Dr Jim Khor Mun Wei berkata, kempen itu penting dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia. 



Beliau berkata, walaupun Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia sudah menurun tahun ke tahun kepada 1.97 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada 2019 daripada 3.4 kematian tertinggi pada 2010.

Menurutnya, kematian jalan raya tertinggi dalam tempoh yang sama membabitkan penunggang motosikal pada 59 peratus  berdasarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2023.

“Sebagai anak syarikat HLI, Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung HLYM adalah teras kepada tanggungjawab sosial kami dalam menyokong dan memacu kesedaran pemanduan selamat kepada pelanggan.

“Pada masa yang sama, sebagai pengeluar motosikal, kami mempunyai peranan utama dalam mempromosikan kesedaran menunggang yang selamat dalam komuniti kami,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung HYLM.

Pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.

Kempen itu bermula di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan akan diteruskan di tiga universiti tempatan terkemuka lain.

Jim Khor berkata, pihaknya berharap kempen itu akan memberi inspirasi kepada pemain industri yang berfikiran sama untuk memulakan program serupa untuk pelanggan mereka bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya secara keseluruhan di negara ini.

Selain itu, dalam tempoh kempen, lebih daripada 200 pusat Servis Kualiti Yamaha yang sah akan menawarkan Servis Motosikal Percuma untuk 48 pelanggan setiap hari atas dasar siapa cepat dia dapat. Ia bermula 13 sehingga 15 April ini.

Pelanggan yang menghantar motosikal mereka untuk servis percuma ini akan berpeluang menyertai peraduan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama Yamaha EZ115.

Aktiviti Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung adalah seperti berikut:

  • Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor – 10 April 2023
  • Universiti Teknologi Petronas, Perak – 12 April 2023
  • Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah – 13 April 2023

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here