Yamaha 135LC 2021 hadir dengan empat warna baharu, harga tidak berubah!

2894

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd kini memperkenalkan Yamaha 135LC 2021 dengan kemas kini warna dan grafik yang baharu.

135LC 2021 kini hadir dengan empat variasi warna baharu yang sporti iaitu Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan dan Stealth Gold.



Harga jualan yang disyorkan tetap tidak berubah, iaitu pada RM6,868 untuk versi standard dan RM7,118 untuk versi edisi khas (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

Spesifikasi enjin juga tidak berubah, dimana Yamaha 135LC 2021 masih lagi menggunakan enjin 134cc SOHC sejukan cecair yang menghasilkan 12hp pada 8,500rpm dan 11.79Nm tork pada 5,500rpm. Transmisi pula ialah empat kelajuan.

Ciri lain yang dikekalkan termasuklah tangki bahan api empat liter, brek cakera depan dan dram di belakang, rim 17-inci dengan tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang), lampu halogen, fork teleskopik depan dan monoshock de belakang.

Selain itu, setiap unit juga akan dibekalkan dengan dengan kunci brek cakera Yamaha yang bernilai RM100.

Yamaha Blue

Fiery Red

Metallic Cyan

Stealth Gold

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here