Husqvarna tampilkan 3 model jalanan di Malaysia

1341

Husqvarna Motorcycles Malaysia membuka tirai tahun 12021 dengan menampilkan 3 model jalanan terkini ke pasaran negara. Acara perasmian 3 model tersebut berlangsung di WELLY WORLD CYCLE @ HUSQVARNA SHOWROOM, Sg Buloh.

Svartpilen 250Svartpilen 401 dan Cafe Racer Vitplen 401. Sekilas pandang cukup unik serta menakjubkan 3 model jenama dari Sweden yang dibawa ke pasaran negara kita.

“Lifestyle” itu yang boleh kami kategorikan kepada bakal pemilik model-model rekaan Scandinavia. Gaya kehidupan jelas mempengaruhi rekabentuk 3 model Husqvarna tersebut.



VITPLEN 401 CAFE RACER

Diantara 3 model Husqvarna yang di bawa masuk ke Malaysia terselit versi Cafe Racer iaitu Vitpilen 401 yang bakal mengegarkan pasaran motosikal  di negara kita yang sama kelas dengannya.

Vitpilen 401 dengan enjin bersesaran 373cc, Silinder tunggal dengan output 44hp/37Nm dan digerakkan melalui sistem transmisi 6 kelajuan. Kerangka cukup sofistikated jenis Treills.

Suspensi jenis WP Apex 43mmdi depan serta boleh laras serta 142mm jarak pergerakan suspensi. Sementara  di belakang dibekalkan WP Apex Monoshock dengan 150mm jarak pergerakan suspensi.

Husqvarna tidak ketinggalan dengan sistem keselamatan terkini dan terbaik. Tersergam kaliper jenama ByBre dengan angkup empat piston bagi mencengkam cakera tunggal terapung 320mm di depan.

Cakera angkup tunggal terapung 230mm dibekalkan untuk brek belakang. Sistem ABS jenama Bosch 9.1MB turut terdapat pada Cafe Racer Vitpilen 401.

Kapasiti tangki penuh bahan api Vitpilen 401 berkongsi dengan Svartpilen iaitu 9.5 liter. Ketinggian pelana (seat) adalah 835mm.

Harga ditawarkan bagi Cafe Racer ini adalah RM 29,800(tidak termasuk cukai jalan dan insuran)

SVARTPILEN 250 DAN SVARTPILEN 401

Svartpilen 250 dengan kuasa 31hp dan daya kilas 24Nm. Sementara Svartpilen 401 dengan enjin 373cc menghasilkan 44hp dan 37Nm.

SVARTPILEN 250

Kedua-dua model digerakkan dengan sistem transmisi 6 kelajuan serta rangka frame Trellis.

Dari segi suspensi kedua-dua model berkongsi jenama yang sama WP Apex 43mm frok dan WP Apex Monoshock.

Turut berkongsi adalah sistem brek jenama By Bre dengan angkup empat piston cakera 300mm dan angkup tunggal terapung 230mm di belakang. Kedua-dua model ini turut dibekalkan dengan Sistem ABS jenama Bosch 9.1MB.

SVARTPILEN 401

Sama seperti Cafe Racer Vitpilen 401,kedu-dua model ini kapasiti tangki penuh bahanapi ialah 9.5 liter.Ketinggian tempat duduk 835mm.

Harga bagi Svartpilen 250 ialah RM 24,800 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran). Sementara harga bagi Svartpilen 401 adalah RM 29,800(tidak termasuk cukai jalan dan insuran).

Husqvarna juga turut memperkenalkan barisan Enduro bagi peminat off road di negara kita. Antara nya –

TE250i – RM44,00

TE300i – RM48,500

TE300i Rockstar Edition – RM57,800

FE 250 – RM49,000

FE 350 Rockstar Edition – RM58,800

Motocross FC 250 – RM42,500

Supermoto FS 450 – RM50,000

Terdapat 3 pengedar Sah Husqvarna di Malaysia dan terbahagi kepada 3 wilayah di Semenanjung Malaysia.

Wilayah Utara

EL Chong Motor Trading Sdn Bhd

Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.

Contact No.: +6012-583 9699

 
Wilayah Tengah
 

Welly World Cycle Sdn Bhd

Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact No.: +6012-519 1200

Wilayah Selatan

Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.

Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia.

Contact No.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here