#TahukahAnda: Dalam pesawat tiada kerusi nombor 13, ini sebabnya…

6166

Zarul Umbrella berkongsi di akaun TikTok miliknya tentang tiada nombor 13 ditawarkan dalam barisan kerusi pesawat.

“Korang perasan tak? tempat duduk nombor 13 dalam kapal terbang?,” tulisnya pada kapsyen video.

@zarulumbrellaofficial

Korang Perasan Tak? Tempat Duduk No 13 Dalam Kapalterbang?

♬ original sound – zarulumbrellaofficial – zarulumbrellaofficial



Menerusi video ringkas itu, dia menjelaskan Malaysia Airlines dan Malindo juga tidak menawarkan tempat duduk dengan nombor 13.

“Air Asia adake tiada, cuba check bagi tahu saya,” katanya yang meninggalkan persoalan dalam kalangan netizen. 

Berdasarkan carian Motoqar di internet, menurut artikel Simple Flying beberapa syarikat penerbangan seluruh dunia mengeluarkan nombor 13 dalam senarai kedudukan kerusi pesawat kerana beranggapan nombor berkenaan adalah malang.

Terdapat kepercayaan lama dalam banyak budaya bahawa nombor 13 adalah malang. kerana itulah barisan kedudukan nombor kerusi pesawat akan melangkau terus dari 12 ke 14.

Ini mungkin agak aneh untuk membuat perubahan sedemikian berdasarkan kepercayaan karut. Kebanyakan keputusan dan proses pada pesawat difikirkan dengan baik untuk keselamatan.

Mungkin kita beranggapan ia hanyalah perkara karut dan jika anda yakin barisan 12 dan 14 selamat, maka 13 juga selamat.

Tetapi sebaliknya, jika ada yang percaya bahawa 13 tidak bernasib baik, maka mereka tidak akan selesa jika berada di tempat duduk tersebut.  

SYARIKAT PENERBANGAN KECUALIKAN NOMBOR 13

Banyak juga syarikat penerbangan yang melangkau nombor 13 antaranya Virgin Atlantic British Airways, EasyJet, Alaska Airlines, American Airlines, Qatar Airways dan Emirates termasuklah Cathay Pacific, Hong Kong Airlines, Thai Airways serta Singapore Airlines.

Selain itu, kepercayaan karut itu juga berbeza di seluruh dunia. Di beberapa negara termasuk Itali dan Brazil menganggap angka 17 adalah malang.

Di dalam nombor rom, susunan semula angka XVII memberikan VIXI, dalam bahasa Latin boleh diterjemahkan sebagai ‘Hidup saya telah berakhir.’

Lufthansa adalah salah satu syarikat penerbangan yang melangkau barisan 17 untuk menghormati kepercayaan tersebut termasuklah Alitalia.

Di China dan beberapa negara Asia lain, nombor 4 dianggap malang. Dalam bahasa Cina, sebutannya (‘si’) adalah sama dengan sebutan untuk kematian. Banyak bangunan akan melangkau ke tingkat empat atas sebab ini.

Bagi Cathay Pacific dan Hong Kong Airlines tiada nombor 14 dalam pesawat mereka yang mempunyai persamaan fonetik yang serupa dengan kematian.

Menariknya Air China tidak mengeluarkan barisan nombor tersebut dalam pesawat mereka tetapi beberapa syarikat penerbangan China lain (termasuk China Eastern) menggugurkan nombor berkenaan.

United Airlines juga merupakan syarikat penerbangan asing terkenal yang menghormati kepercayaan masyarakat Cina itu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here