BMW Malaysia lancar dua varian BMW 3 Series Edisi Terhad, bayaran bulanan serendah RM2,663

1334

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi Terhad yang baharu dengan kelengkapan tambahan untuk memperkayakan lagi pengalaman pemanduan bertaraf premium.

BMW 320i M Sport Edisi Terhad yang dijual RM262,800 hadir dengan Pakej M Sport,. Ia disempurnakan dengan set roda aloi ringan M 18 inci dalam penggayaan dwi-jejari 790 M untuk menaik taraf daya tarikan sporty varian baharu ini.

Di bahagian dalaman, varian itu juga didatangkan dengan stereng sport berciri boleh ubah balutan kulit, di samping siling kereta antrasit. 



Bagi BMW 330i M Sport Edisi Terhad, ia pula dijual RM304,800 yang menampilkan bumbung kaca elektrik serta sistem bunyi Harman Kardon.

Ia turut dipadankan set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan dwi-jejari 791 M.

Tawaran warna luaran bagi kedua-dua varian edisi terhad ini termasuk Alpine White, Black Sapphire, Mineral Grey, serta M Portimao Blue. Upholsteri interior disediakan secara eksklusif dalam material kulit Vernasca hitam.

Program pembiayaan dinamik

Menerusi ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun membabitkan:

  • BMW 320i M Sport – RM2,663
  • BMW 330i M Sport – RM3,237

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here